Blogger Templates

Monday, 7 November 2011

Main Gitar??

Main gitar??huhu..mmg syok la klo bley men alat muzik nie..tp mmg susah klo 1st time men..skit jari2 nie..tp klo korg da lme men,kompom expert pnye..haha..y pnting minat 2 ade..klo korg tnya ak,mmg la ak mnat giler men gitar nie..hehe..

Maksud gitar :-

Gitar adalah sejenis alat muzik bertali yang telah lama digunakan dalam pelbagai jenis gaya muzik, dan juga salah satu alat solo klasik. Ia banyak digunakan sebagai alat utama dalam muzik blues, desa, flamenco, rock dan banyak jenis pop. Gitar biasanya terdiri daripada satu batang leher yang panjang dan terdapat ruas-ruas yang dipanggil "fret". Badannya seakan-akan berbentuk biola. Pada kebiasaannya juga terdapat enam tali yang boleh dimainkan dengan memetik tali tersebut sama ada dengan jari ataupun plektrum (pemetik gitar). Namun terdapat juga gitar dengan empat, tujuh, lapan, sepuluh dan dua belas tali. Gitar dibuat dan dibaiki oleh tukang lut (luthier). Gitar boleh dimainkan secara akustik atau boleh bergantung pada penguat yang selalunya membolehkan manipulasi nada secara elektrik. Gitar elektrik baru sahaja diperkenalkan pada abad ke-20, dan telah memberi kesan yang mendalam pada budaya popular.

RM 1.1 Billion student tak bayar hutang PTPTN! Macam mana ni??


Seramai 214,790 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) belum membuat pembayaran balik kepada perbadanan itu yang membabitkan jumlah hutang sebanyak RM1.1 bilion, sejak tahun 1997 hingga 28 Feb lalu.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata bilangan itu adalah daripada jumlah keseluruhan peminjam iaitu seramai 887,995 orang yang sepatutnya membuat pembayaran balik bagi tempoh tersebut.
Katanya 673,205 peminjam (75.8 peratus) daripada jumlah keseluruhan peminjam telah membayar balik pinjaman dengan nilai kutipan sebanyak RM2.3 bilion (48.9 peratus) daripada RM4.7 bilion yang perlu dijelaskan.
Jumlah peminjam itu merupakan mereka yang masih belum memberikan maklum balas terhadap tindakan-tindakan penguatkuasaan yang telah diambil oleh PTPTN.
Bagaimanapun jumlah mereka yang membuat pembayaran balik adalah meningkat iaitu lebih 70 peratus, tetapi nilai kutipan tidak begitu banyak kerana kita membenarkan rundingan dibuat daripada segi nilai yang perlu dibayar balik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perakuan Kredit Modul Pengurusan Kewangan Peribadi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Sejak penubuhannya pada tahun 1997 sehingga 28 Feb lalu, sebanyak 1.7 pinjaman telah diluluskan dengan nilai RM38.15 bilion sementara bagi tahun lalu sahaja, PTPTN telah meluluskan sejumlah 238,722 bilangan pinjaman dengan peruntukan sebanyak RM6.04 bilion.

Setiap tahun, PTPTN mengeluarkan pinjaman kepada kira-kira 200,000 pelajar baru sama ada di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dan Politeknik. Sebab itu, kita perlu membangunkan kemampuan mereka untuk menguruskan kewangan masing-masing kerana kita tidak mahu, selepas tamat pengajian, mereka lupa atau tidak mampu untuk menguruskannya, sehingga PTPTN tidak dijadikan sebagai institusi yang perlu diberi keutamaan untuk membayar balik hutang,” katanya.
Mohamed Khaled berkata sebanyak 32 buah IPTA dan IPTS telah menerap dan melaksanakan modul itu serta kesemua 27 buah politeknik di seluruh negara.